TEH HIJAU HPA

Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:

Merawat sakit kepala dan kemurungan
Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan badan
Artikel Mengenai Teh Hijau dari Kosmo:

Nutrien Teh Hijau

Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?

KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.

Lembutkan kulit

Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.

Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Awet muda

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.

Menurunkan berat badan

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. – SUBASHINI RAJANDRA

1 kotak Teh Hijau HPA mengandungi 20 uncang.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Harga Pengedar
Semenjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sawarak: RM 15

Posted in PRODUK MINUMAN HPA | Leave a comment

RADIX GOAT SUSU KAMBING

Susu Kambing Radix Goat adalah salah satu produk baru HPA yang diperkenalkan semasa Konvek 2011 baru-baru ini di Putrajaya. Ia telah mula diedarkan di semua cawangan HPA. Mari kita dalami khasiat sebenar susu kambing ini.

SUSU KAMBING PRA CAMPURAN RADIX GOAT

Susu kambing adalah minuman yang lebih baik khasiatnya dibandingkan dengan susu lembu. Susu kambing dapat menjadi alternatif bagi pengguna yang mempunyai alergi terhadap susu lembu. Susu kambing sangat baik kerana ianya salah satu amalan sunnah Rasulullah S.A.W.

KHASIAT SUSU KAMBING RADIX GOAT

Dalam setiap 100 gram susu kambing mengandungi:

3-4 peratus protein
4-7 peratus lemak
4.5 peratus karbohidrat
134 gram kalsium
111 gram fosfur
KANDUNGAN SUSU KAMBING RADIX GOAT

Bahan:
Krimer bukan tenusu (Protein Susu), serbuk susu kambing penuh krim, mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan, Herba Radix dan Vanillin.

Kelebihan Susu Kambing Radix Goat Berbanding Susu Kambing Jenama Lain

Mengandungi 7 jenis herba Radix sama seperti 7 herba yang terdapat dalam Kopi Radix yang berada di pasaran. Antara herba-herbanya ialah:

Tongkat Ali (Afrodisiak/antioksidan)
Pokok Mata Pelanduk (Diuretik)
Pokok Teja Lawang (Karminatif)
Pokok Tebu Gajah (Antidot)
Pokok Mengkudu Hutan (Laxatif)
Halban (Imuniti)
Larak Hutan (Kardiotonik)
KEBAIKAN SUSU KAMBING RADIX GOAT

Mempunyai sumber kalsium yang lebih baik berbanding susu lembu.
Baik untuk tulang dan gigi.
Melancarkan lagi proses penghadaman dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti harian.
Terdapat mineral besi untuk pembentukan hemoglobin dalam badan.
Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing
Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak.
Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel darah, tisu-tisu badan, serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak.
Membantu wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pandarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan pospartum).
Dapat membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
Mengandungi sumber natrium untuk membantu kalsium dan mineral lain larut dalam darah.
Memudahkan proses penyerapan mineral-mineral di dalam badan dengan lebih mudah.
Sifat alkali susu kambing baik untuk kesihatan bertindak meneutralkan asid dalam badan secara semulajadi.
Mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu proses pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan lebih cantik dan berseri.
Mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
Mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolestrol.
HEMOGLOBIN

Membantu sel darah merah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan untuk kegunaan sel-sel badan.
Membantu melancarkan lagi sistem pernafasan.
Mengandungi 15 sachet untuk 1 kotak. Susu kambing ini adalah dalam bentuk serbuk dan tidak berbau. Anda hanya perlu bancuh bersama air panas untuk menikmati kesegarannya. Jom dapatkan segera Susu Kambing Radix Goat ini dari cawangan HPA berhampiran atau beli online melalui kami.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM 40

Harga Pengedar
Semenjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sawarak: RM 35

Posted in PRODUK MINUMAN HPA | Leave a comment

RADIX MOCHA

HPA memperkenalkan produk baru iaitu Radix Mocha (campuran koko dan kopi) yang mengandungi sinergi 7 herba utama sama seperti Kopi Radix:

1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Kelebihan Radix Mocha:

Mocha merangsang pengeluaran hormon gembira dan ceria.
Bermanfaat bagi mereka yang beriadah kerana dapat menjaga stamina termasuk para atlit.
Menggunakan koko gred A berkualiti tinggi lagi berkhasiat.
Setiap kotak mengandungi 15 sachet/paket. 1 sachet : 30 gram

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 27
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM

Posted in PRODUK MINUMAN HPA | Leave a comment

RADIX KOKO (1 KG)

Produk ini berbentuk serbuk tidak seperti produk terdahulu yang berbentuk sachet (paket) namun kandungannya (serbuk koko dan ekstrak barli) tetap sama. Cara menyediakan minuman Radix Koko ini ada disediakan pada label produk. Beralihlah segera kepada Radix Koko. Jadikan ia minuman coklat utama anda dan keluarga anda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Berita Berkaitan:

1. Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

2. Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Posted in PRODUK MINUMAN HPA | Leave a comment

KOPI RADIX DIET

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 20

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Artikel Berkaitan:

Kopi diet rasanya agak pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kadar gula tinggi dalam darah, gout , tekanan darah tidak normal, gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan.

Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah lelaki. Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula biasa (gula putih) kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet.

Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah

Posted in PRODUK MINUMAN HPA | Leave a comment

KOKO MINDA

Produk minuman baru berasaskan koko yang dihasilkan oleh pihak Melaka Halal Food dan diedarkan oleh HPA.

Selain serbuk koko, bahan-bahan lain adalah terdiri daripada gula perang, krimer tanpa tenusu, ekstrak herba pilihan Ginkgo Biloba, kurma, madu, buah tin dan kismis.

Antara khasiatnya ialah sebagai sumber tenaga segera, merangsang perkembangan otak dan amat sesuai untuk anak-anak yang bersekolah mahupun yang belajar di IPT.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 22.00
Sabah & Sarawak : RM 24.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 19.00
Sabah & Sarawak : RM 21.00

Posted in PRODUK MINUMAN HPA | Leave a comment

RADIX CEREAL

Kandungan Utama:
1. Gula Perang
2. Oat Segera
3. Garam Bukit
4. Kacang Soya
5. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)
6. Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla)
7. Halban (Vitex Pubescen)
8. Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca)
9. Mengkudu Hutan (Morinda Eliptica)
10. Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
11. Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)

Khasiat:
1. Mengandungi khasiat tujuh sinergi herba yang memperbaiki kesihatan.
2. Membekalkan tenaga dengan segera.
3. Pengamalan yang berterusan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
4. Oat merupakan sumber utama diet fiber – dengan kadar 55% fiber larut dan 45% fiber tak larut.
5. Oat terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.
6. Oat juga mengandungi vitamin B1 yang tinggi – diperlukan tubuh untuk metabolisma karbohidrat.
7. Bagi setiap gram, oat memberikan protein, kalsium, besi, magnesium, zink, kuprum, mangan, tiamin dan vitamin E.
8. Asid amino yang seimbang dalam oat membantu meningkatkan fungsi tubuh.
9. Oat bersifat rendah lemak secara semulajadi.
10. Lipid yang hadir dalam oat terdiri daripada asid lemak yang penting.
11. Oat juga adalah sumber bagi selenium.
12. Garam bukit secara semulajadi membekalkan mineral dalam tubuh.

Penggunaan:
1. Tuang kandungan sachet ke dalam mug dan tambahkan air panas secukupnya. Kacau dan sedia diminum.
2. Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa.

Kandungan: 20 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 19

Posted in PRODUK MAKANAN HPA | Leave a comment

RADIX CHOCOLATE COOKIES

Biskut Radix ini diadun bersama tujuh jenis herba seperti yang terdapat di dalam Kopi Radix iaitu Tongkat Ali, Teja Lawang, Tebu Gajah, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Larak Hutan dan Halban. Ia menjadikan Biskut Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan.

Sinergikan Radix Cookies dengan Kopi Radix, ia akan memberikan kesan berikut:

Makanan terbaik bagi orang yang sihat
Makanan pilihan bagi orang yang sakit
Baik untuk pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan
Kecergasan untuk anak-anak dan menguatkan otot
Pemberi tenaga segera
Baik untuk ibu lepas bersalin

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 7.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5.50
Sabah & Sarawak: RM 6.50

Posted in PRODUK MAKANAN HPA | Leave a comment

AYAM ORGANIK HPA

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 20.00
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 17.50
Sabah & Sarawak:

Posted in PRODUK MAKANAN HPA | Leave a comment

RADIX MEE KUNING

Satu alternatif untuk semua yang tercari-cari mee kuning keluaran umat Islam. Mee kuning Radix ini didatangkan dalam bentuk kering. Cubalah hari ini juga.

Gambar akan disertakan kemudian.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 4.00
Sabah & Sarawak: RM 5.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 4.00

Posted in PRODUK MAKANAN HPA | Leave a comment